Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, January 1, 2009

Kedai Ayah & Ibu


Goodbye 2008...hari terakhir dan penutup bagi tahun 2009. maknanye kedai ayah & ibu da berusia 28 tahun. ayah berniaga sejak dia bujang dari tahun 1980 sehingga sekarang. banyak pengalaman manis dan pahit kami sekeluarga harungi sepanjang saya menempuh hidup di Bandaraya Kuala Lumpur ini selama 24 tahun.

ini mesin Jahit Tepi kesukaan saya.. Boleh Jahit dengan Laju.
kat depan tu mesin jahit tepi tudung

Bermula tahun 1980 hingga 1996, ayah berniaga kedai menjual alat-alat tulis. masa tu hidup di KL, nak kata hidup mewah...tak jugak..ayah pun xpakai kereta lagi. then, bila saya dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Sains Tengku Abdullah di Raub, Pahang..masa tu memang hati ini berkobar-kobar ingin belajar di sana. tapi apakan daya ayah kesempitan wang masa tu. nak pindah rumah lagi kat setapak. Jadi saya pun dihantar ke Sekolah Agama Ar-Rahmah Kenali yang kini dikenali Maahad Rahmah Kenali. Duduk asrama jugak la. Walaupun pada masa tu, saya ni layak ke Sekolah Naim, ada kazen nak tolong. tapi ayah tengah serabut ngan masalah kewangan dan akhirnya tetap la saya bersekolah di Rahmah Kenali.

bermula tahun 1997..kami sekeluarga sudah pun berpindah ke Setapak. Ayah pun beli motor honda dari member dia untuk berulang-alik ke kedai. sebab kedai tu je la Periuk Nasi kami. Memandangkan ada 2 orang adik yang bersekolah di keramat, agak sukar untuk ke sekolah tiap-tiap hari dari setapak dengan motorsikal. Penyelesaiannya, ayah, ibu(ma), 2 orang adik saya terpaksa tinggal di kedai selama hari persekolahan kecuali weekend. Saya pula belajar di Kelantan masa tu dan tidak merasai pengalaman tidur di kedai yang sempit, panas dan persekitaran yang bising sebab pada waktu malam, pasar keramat menjadi tempat mainan budak-budak.



Ape yang ayah jual di kedai masa tu. Hanya keropok, budu dan sedikit peralatan alat tulis. Ketika itu, Malaysia dilanda kewgawatan ekonomi dan ini turut menjejaskan perniagaan ayah sehingga kami sekeluarga tidur di loteng (ayah bina loteng di atas kedai). Macam-macam pandangan warga Pasar terhadap Ayah & Ma termasuk anak-anaknya sekali. Sehingga saya sendiri dapat merasakan pandangan HINA dari salah sesetengah Peniaga di Pasar Keramat semenjak saya kecil lagi. Walaupun, tiada sebarang kata-kata dilontarkan. Tapi saya dan adik-adik cukup paham pandangan HINA itu.

Alhamdulillah, Ma ada kemahiran menjahit. Skill menjahit Ma tu la yang membantu kewangan kami sekelurga. itu pun berapa sangat la yang Ma dapat dengan berbagai lagi bil yang perlu dibayar. Maklum la tinggal di bandar. Jadi, perlahan-lahan kedai ayah berubah kepada kedai Jahit (menjual alat-alat jahitan dan tempahan jahit tepi). Di kedai itu juga bermulanya saya belajar jahit tepi baju.

Bila keadaan ekonomi meningkat, kami sekeluarga tidak lagi tidur di kedai. Alhamdulillah. Keadaan kami agak baik jika dibandingkan dengan dahulu. Sebab itu la, bila masa cuti jangan harap la saya ni kerap nak update blog. Sibuk tolong Ayah & Ibu menjahit di kedai ada la.. heehee.. Bila terkenang balik sejarah hidup.. kadang-kadang leh menitiskan air mata. Setiap insan ada dugaan masing-masing.. Pandai-pandai la kita harunginya asalkan pada landasan yang betul.




11 comments:

AJ Style's said...

tahniah..saya doakan kesejahteraan anda dan keluarga anda..

saya kagum dengan semangat ayah dan ibu anda..anda perlu berbangga dengan kesungguhan dan pengorbanan mereka..

NiK SeNsEI said...

thanks cekgu ariep..

shafian said...

:-) kena bantu mak ayah ni.. nik kena bagi duit banyak sket.. sama la kita nik.. hidup susah.. tapi susah yang buat kita kuat dan berjaya.. InsyaALLAH.. :-)

Anonymous said...

bole tau x kt mana kedai ni located? sy mmg cr kedai alat2 jahitan kt area setapak/wangsa maju/keramat..kalo leh email sy.. stefaisle_85@yahoo.com.my

Siti 'Aisyah said...

Hi, this was quite long ago ya..tp baru skrg bump into this blog. *smile* kedai jual alat jahitan ni ada lagi? bleh tau dimana?
-aisyah aziz-

Siti 'Aisyah said...

hi, this was quite long ago ya..baru bump into this blog. *smile* kedai jual alat jahitan ni masih ada lagi? di mana ya?

NiK SeNsEI said...

salam.. cri kedai di di pasar datok keramat..

Anonymous said...

salam. apa nama kedai ye?

Anonymous said...

salam. kedai masih beroperasi?

NiK SeNsEI said...

Maaf ya.. lambat balas.. kedai masih beroperasi... tapi mak ayah sy buka lambat la..
jam 11 pagi... boleh je terus telefon no mak saya tu... Sekarang di Keramat Mall

NiK SeNsEI said...


Nama Kedai... Fatimah Collection tingkat bawah di UTC Keramat Mall..
No hp 0129360430.. Jam 11 pagi baru buka..