Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, October 10, 2008

tulus...

bak kata bekas pensyarah maktab, Miss Haiyon. hati kanak-kanak ini adalah tulus & mulus.
semasa mengajar subjek sivik di kelas 5 Pintar. ada seorang pelajar tidak menulis. tapi apa yg saya lakukan... saya terus marah dia murid A ini.

Niksensei : Kenapa kamu tidak menyalin?

tapi, bukan budak A ini yang menjawab. sebaliknya rakannya, murid B di sebelah yang berkata.

murid B : cikgu, tangan dia luka.
Niksensei : hah.. boleh cikgu tengok?
murid A : menunjukkan lengannya.
Niksensei : macammana boleh luka ni?
murid A : tanganku terkena minyak panas semasa ibuku menggoreng kentang



erm.. salah aku juga. kenapa saya tidak menyiasat terlebih dahulu sebelum marah-marah pada kanak-kanak ini. itu la. kadang-kadang saya tidak prihatin terhadap kebajikan mereka. ada juga saya berbual-bual bersama seorang guru lain. beliau juga ada menceritakan pengalaman beliau sendiri.

Kisah Pertama:
'Sesiapa yang tidak tutup mulut cikgu pukul'.. tapi ada seorang murid dalam kelas tersebut bergigi jongang. masakan si budak ini boleh menutup mulut dengan sepenuhnnya.

Kisah Kedua:
murid ini kerap dimarahi gurunya kerana dia asyik memandang ke luar jendela. tapi acapkali murid ini menidakkan apa yang dikatakan oleh gurunya itu. bersungguh-sungguh murid ini mengatakan bahawa dia mengikuti pelajaran guru tersebut. rupanya murid ini bermata juling.

erm. apa-apapun kita perlu siasat dahulu sebelum bertindak. setiap hari memberikan suatu pengalaman yang tidak ternilai. dan setiap pengalaman itu mendewasakan kita dalam menghadapi hari-hari mendatang.





1 comment:

lim lee fong said...

good experience to share.