Klik Nih...

Followers

Nuff

Thursday, October 9, 2008

Pulau Semporna

Pagi tadi pergi ke Pusat Kegiatan Guru, PKG Semporna. kononnya nak mencari bahan-bahan cd untuk alat bantu mengajar. dan sempat la juga saya melihat sejarah asal-usul nama Semporna ni. Pada tahun 1948, nama asal Semporna ialah Tongtalun. ada sumber dari internet menyatakan di Semporna ada tidak kurang dari 22 jenis SUKU BAJAU. ada Bajau Semporna, Bajau Darat, Bajau Laut dan juga Suluk.. dan makanan sumber utama penduduk Semporna ni ialah Hidupan Marin Intertidal..

Kampung di Tongtalun, 1948

Pekan Tongtalun, 1948

Semporna ni pun adalah sebuah pulau sebenarnya. ia dihubungkan Jambatan Tawau-Semporna di Kalumpang, Semporna. Jadi xpayah la nak naik bot lagi ke Pulau Semporna ni. sebab dah ada jambatan kan.

ok, sekarang nak bercerita pula Semporna pada tahun 2008. da kira ok la. cuma Semporna ni Pekan Kecil tapi banyak sekolah. yang di Pulau Bum-Bum pun banyak sekolah. di Semporna ni banyak pulau kecil. so ada la juga certain pulau yang ada sekolah. sebab tu la ada pendidik di Semporna ni pergi ke sekolah naik bot.

ok. kita tukar topik plak.. baru-baru ni saya beli seluar jeans so nak le potong seluar tu. mesin jahit xde di rumah sewa. nak xnak kena la hantar ke kedai. yang menariknya di Semporna ada tukang jahit di tepi jalan. tapi ok la. sebab caj nye pun murah jugak. RM3/seluar.

ni ler tukang jahit yg menjahit seluar jeans saya.


ni plak jiran tukang jahit seluar saya..ada urusan ukur mengukur bah


Jadi, ini adalah salah satu warna warni di Pekan Semporna 2008. tak tahu la kalu ada perubahan lain pada tahun depan..suatu pemandangan yang sama sekali sukar ditemui di semenanjung. Tukang Jahit Jalanan. biasanya di semenanjung kita selalu nye ada Tukang Kasut Jalanan kan..
k.. pen off.. da..