Klik Nih...

Followers

Nuff

Monday, October 13, 2008

Island Vacation

11 October 2008

weekend ni saya & cikgu-cikgu semenanjung yang mengajar di sekitar Semporna bercuti di Pulau Mabul. Trip kami ni 2 hari 1 malam. Erm best jugak ni memenuhkan masa hujung minggu supaya makin cepat hri berlalu & saya dapat balik semenanjung. hehehe..

Pulau Mabul mempunyai seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah. (http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=MabulIsland). sebaik sahaja sampai di rest house Pulau Mabul..sudah nampak anak-anak si Bajau Laut sedang bermandi-manda di bawah rumah.. rest house saya pun di atas laut. pandang ke bawah & ke hadapan nampak la laut nan biru luas terbentang semesta alam. bestnye. saya memang suka tengok laut.











Tepat pukul 11 kami bergerak ke kapalai. di sana kami pergi snorkeling di laut lepas. Subhanallah..memang cantik ciptaan Allah. hialang semua tensen di dunia pabila aku melihat ikan-ikan di laut itu. ada sejenis ikan mulutnya macam ikan todak. tapi aku xtahu nama ape. yang pasti ikan aku xpernah nampak lagi ikan jenis ini sepanjang aku snorkel di Pulau Perhentian, Redang & Pulau Payar. Memang benar kata ustaz azmi, banyak spesies ikan, udang, ketam & hidupan laut yang sama sekali tidak ditemui di pulau di Semenanjung. tapi cam lion fish memang dah biasa jumpa. cuma di sini senang sangat nak jumpa star fish. asal ajer dok atas bot. mesti nampak berlambak-lambak star fish di laut. dan satu impian saya, saya ingin lihat secara live. iaitu frog fish. tapi susah nak tengok ikan ni. sekurang-kurangnya kena menyelam sejauh 17 km ke dalam laut.


Aktiviti yg ke2 ialah aktiviti snorkeling tepat pukul 2 ptg di mana tah. tapi aku xdapat pergi. aku telah ditinggalkan. tapi xpela. petang plak, aku, kak ayu & ustaz-ustaz yg lain berjalan di sekitar Pulau Mabul. Kami melawat SK Mabul. melawat kampung di Pulau Mabul. tapi sesuatu yang menarik perhatian aku sepanjang aku ke melewati perkampungan di Mabul ini. tak semua rumah di atas laut. ada juga perkampungan di pesisir pantai. ape ye yang menarik perhatian aku ni. cara packaging barang di kedai runcit di Mabul. Bahan-bahan asas seperti minyak masak, gula, cuka dan kicap dibungkus di dalam plastik ais krim.














barang-barang asas yang dibungkus dalam plastik aiskrim

niksensei : makcik, berapa harga sebungkus gula ini?
makcik : 50 sen
bila di semenanjung, mana ada kita jumpa cara bungkusan sebegini kan. biasa la di tempat orang. lain budaya nya, lain cara hidupnya. jadi kita la yang kena pandai sesuaikan diri di tempat orang. aku suka betul peribahasa ini..

masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum

ok jom kita melawat SK Mabul. Sekolah ni de tepi pantai Pulau Mabul. Bukan di tengah-tengah Pulau Mabul. Cantik sekolah ni, sampaikan pentasnya pun di taja oleh Borneo Divers.


pasir di sekolah ni pasir pantai. di hadapan SK Mabul pula boleh nampak laut. agaknya guru-guru di sini mesti muka nya sun burn kan. aku ni baru 2 hari melawat pulau, muka da hangus terbakar bak udang terbakar. hehe..


12 October 2008

Pulau Si Amil
hari ke-2, pukul 7 kami bergerak ke pulau si amil. sementara tu mereka yang nak dive pergi dive di sekitar pulau si amil. kami ni hanya snorkel di tepi pantai je la. nak dive tiada lesen. nak turun menyelam. ibu tak bagi. jadi hanya berlegar-legar di pantai si amil saja. datang ke pantai ni kena lapor diri pada tentera. nasib baik da standby name list. aku da risau. sebab tak bawa ic kan.

Pulau Si Amil ni lebih besar dari Pulau Sibuun. Tapi dari Pulau Si Amil kita boleh melihat Pulau Denawan. Sekolah di Pulau Denawan adalah sekolah yang paling jauh di Semporna.

Pulau Si Amil


depan tu Pulau Denawan..pandangan dari Pulau Si Amil

aktiviti di sini macam biasa la, snorkel, mengapung diri di laut, berendam & jalan-jalan di tepi pantai. ada la terjumpa star fish di sini. tapi star fish jenis ini memang senang dijumpai. masa di Pulau Sibuun pun jumpa star fish yang sama jugak.











di Si Amil ni aku tidak pergi snorkel jauh. air di sini cetek. bahaya sebab aku ni suka mendarat kaki bila snorkel di air yg cetek. biasanya ada landak laut di tempat yg ada coral, so kalau terkena landak laut tu. bisa jugak. jadi aku pun malas nak snorkel jauh-jauh..bila bosan snorkel aku pun merentasi pantai & terjumpa baby star fish. ingat kan bangkai tapak sulaiman sebab saiz kecil. tapi bila aku letak atas batu, aku nampak ada pergerakan. rupanya this is a living things..
then, dalam pukul 11, kami pun dijemput untuk pulang ke rest house & berehat. dalam pukul 2 kami akan pulang dan singgah sebentar di Pulau Gusungan a.k.a Vios. (yang iklan jin 2, yg org itu mintak vios tapi dapat pulau).


Pulau Gusungan (Vios)
Pulau ni lebih kecil dari Pulau sibuun. tapi ada perkampungan di sini. Rumah pun daif je aku tengok. budak-budak pun berjalan berkaki ayam. laut tu macam dunia mereka. da keliling mereka laut kan..cantik juga pantai di sini.

Pulau Gusungan










Perkampungan di Pulau Gusungan

Ada perkampungan di Pulau Gusungan ni. tapi hanya ada beberapa buah rumah sahaja di sini. kesian aku tengok rumah mereka yang daif. tapi siap ada model dok pakai bedak sejuk di rumah itu...



dalam sibuk-sibuk nak naik bot balik ke Tanah Besar Semporna, tetiba kami ternampak ada orang pulau main dengan penyu. sempat lagi la kami bergambar. tapi ada diver di bot kami ambil penyu tu & bawa ke bot kami. tujuan diver tu supaya melepaskan si turtle ni ke tengah laut. Bagus la.. ada juga mereka yang mencintai & menghargai alam ciptaan tuhan..

So destinasi aku seterusnya aku mahu ke pulau mataking. tapi tengok la sekiranya impian tercapai atau tidak.. hehehehe.




1 comment:

LeeZ said...

hi tuan punya blog...

sayu saja bila terbaca blog awak pasal pulau si amil ni sebab saya baru saja kehilangan orang yang saya sayangi akibat lemas di pulau si amil ni beberapa minggu yang lepas...

surf punya surf pasal pulau si amil ni, terjumpa blog awak... lantas saya trus membaca...

at least dapat jugak saya tatapi pulau si amil tersebut...

hmm nak tanya satu soalan... dalam ke air laut di area pulau si amil ni???