Klik Nih...

Followers

Nuff

Tuesday, October 7, 2008

Hadiah dari Muridku..


Isnin - 6 Oktober 2008


satu hari yang dinanti-nanti oleh saya sebab bermulanya hari ni adalah bermakna detik kepulanganku ke Kuala Lumpur semakin hampir. ku ingin menghitung hari menanti saat-saat saya akan meninggalkan Semporna selama sebulan lebih nanti. ish..xsabar ni.

Maka dengan bersemangatnya saya menuju ke sekolah. erm pagi ni naik prebet. nak jalan kaki ke sekolah malas plak. sebab ari ni saya bawa laptop untuk menyiapkan soalan Math Year 5 untuk exam semester ke 2 ni.. nak bawa bag pack macam xsesuai plak.. xkan la nak jalan kaki berbaju kurung dengan memakai bag pack plak. hilang ayu beb.. jadi bawa la beg yang macam ala briefcase la konon.

tepat 10.20 pagi saya melangkah menuju ke kelas 5 Jujur. tiba-tiba saya dihadiahkan oleh seorang murid sebatang tiang bendera yang sudah tidak mempunyai bendera. hah..bagus juga nie. leh la jadi sebagai penunjuk di white board semasa mengajar & gunakannnya sebagai amaran amarahku atau pun sebagai menarik perhatian mereka..


Hadiah kedua - masa tengah menanda buku murid, dapat plak satu hadiah yang melucukan. hari ni saya mengajar topik Perdana Menteri Malaysia di kelas 5 Setia. oleh kerana ini adalah kelas paling hujung sekali. makanya saya pun menulis di white board senarai 5 Perdana Menteri di Malaysia..

Lima Perdana Menteri Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaan)
  2. Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan Negara)
  3. Tun Hussien Onn (Bapa Perpaduan)
  4. Tun Dr Mahathir Mohamad (Bapa Pemodenan)
  5. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
tapi..ada sorang anak muridku ni memberikan yang hasil yang amat la memuaskan hati saya.
leh sakit perut saya dibuatnya.. sesuka hati dia je nak tukar apa yang saya tulis di whiteboard.
ni la namanya budak..



No comments: