Klik Nih...

Followers

Nuff

Friday, December 19, 2008

beli kain adik di Jalan Masjid India

macam biasa laa...lagi tiga minggu da kena balik sabah.. maknanya alam persekolahan pun akan bermula tidak lama lagi. tiba-tiba I dapat satu arahan dari ibu tercinta...

nik, beli kain nak buat baju pengawas adik tahun depan

ok, SAYA YANG MENURUT PERINTAH. so dari Keramat nek LRT PUTRA ke stesen Masjid Jamek. Opps..I terlupa, today is Friday. Kompem ramai org.

I pun beli la kain biru muda 4 ela(3.7 meter) untuk baju dan kain biru gelap 4 ela for my sis.
ok...pesanan ibu dah ditunaikan. da setel tugasan ni. I pun nak balik la.. Then..



tengah jalan-jalan menuju ke LRT Masjid Jamek. I ternampak golongan lelaki ini sembahyang Jumaat di kaki lima sepanjang Jalan Masjid India sambil mendengar khutbah bahasa Urdu. Begini la suasana di Masjid India tiap-tiap kali masa sembahyang Jumaat. Tapi yang peliknya.. ada juga segelintir kaum Adam yang selamba je tidak menunaikan solat Jumaat. Siap tengok lagi mereka yang menunaikan solat di kaki lima dengan perasaan yang tenang.. So camne ni.. walau macam mana pun I tetap akan meneruskan perjalanan I pulang ke Keramat.. k.. Pen Off..


Wednesday, December 17, 2008

lama xupdate..

baru je beberapa hari balik dari kampung..
xsempat la nak taip ape2...

well, lg beberapa hari lg da nak balik sabah..
n beberapa hari lg menuju ke tahun baru...

sempat ke sy nak teruskan penulisan ni..
tiap2 hari tlg mak kt kedai..jahit tepi la, jahit tepi tudung la..
ni plak nak jahit kain batik sarung, 30 helai..
banyak2..k da...ada customer..
bye..

Sunday, November 16, 2008

I da sampai Hometown (Setapak)

seronoknye rasa da da sampai LCCT.. da beberapa bulan tak balik Semenanjung..
since 1st August 2008 until 14 Nov. 2008.. memang rindu sakan..

Tuesday, October 14, 2008

14 October 1984

tara...hari ni besday saya.. seronok jugak sebab dapat wish spesel dr ehem2.. xleh diumumkan lagi sape dia...

nak cari budak kecil yang nangis 23 tahun lepas.

saya terpinga-pinga. budak mana?.. owh rupanya saya yang dimaksudkan. hehe. tersipu-sipu sendiri..

pagi esoknya, dapat la wish from some of my friends, dua pupu n sape2 lagi.. time aceh.. i lap u ols.

pagi tu g sekolah plak.. lebih kurang pukul 11, ada seorang murid panggil saya ke bilik ict. owh rupanya ada kejutan buat saya. saya terharu sangat-sangat. tak pernah lagi di beri kejutan ini. saya ni selalu menyusahkan mereka. ni la depa ni. si azmi ngn fauzi.. xie xie ni..











dapat kek yang comel gitu. abes la rosak peti kebal tue.. kek ni disediakan di atas peti besi di
bilik ict sekolah. kesian peti kebal ni jadi mangsa tulisan tangan. sampai nak bersihkan pun masih ada lagi kesan marker pen tu. argh, gasak la... huhu.

k thanks to u ols for the wish. ptg ni nk mkn kfc ngn housemate. bye..


Monday, October 13, 2008

Island Vacation

11 October 2008

weekend ni saya & cikgu-cikgu semenanjung yang mengajar di sekitar Semporna bercuti di Pulau Mabul. Trip kami ni 2 hari 1 malam. Erm best jugak ni memenuhkan masa hujung minggu supaya makin cepat hri berlalu & saya dapat balik semenanjung. hehehe..

Pulau Mabul mempunyai seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah. (http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=MabulIsland). sebaik sahaja sampai di rest house Pulau Mabul..sudah nampak anak-anak si Bajau Laut sedang bermandi-manda di bawah rumah.. rest house saya pun di atas laut. pandang ke bawah & ke hadapan nampak la laut nan biru luas terbentang semesta alam. bestnye. saya memang suka tengok laut.











Tepat pukul 11 kami bergerak ke kapalai. di sana kami pergi snorkeling di laut lepas. Subhanallah..memang cantik ciptaan Allah. hialang semua tensen di dunia pabila aku melihat ikan-ikan di laut itu. ada sejenis ikan mulutnya macam ikan todak. tapi aku xtahu nama ape. yang pasti ikan aku xpernah nampak lagi ikan jenis ini sepanjang aku snorkel di Pulau Perhentian, Redang & Pulau Payar. Memang benar kata ustaz azmi, banyak spesies ikan, udang, ketam & hidupan laut yang sama sekali tidak ditemui di pulau di Semenanjung. tapi cam lion fish memang dah biasa jumpa. cuma di sini senang sangat nak jumpa star fish. asal ajer dok atas bot. mesti nampak berlambak-lambak star fish di laut. dan satu impian saya, saya ingin lihat secara live. iaitu frog fish. tapi susah nak tengok ikan ni. sekurang-kurangnya kena menyelam sejauh 17 km ke dalam laut.


Aktiviti yg ke2 ialah aktiviti snorkeling tepat pukul 2 ptg di mana tah. tapi aku xdapat pergi. aku telah ditinggalkan. tapi xpela. petang plak, aku, kak ayu & ustaz-ustaz yg lain berjalan di sekitar Pulau Mabul. Kami melawat SK Mabul. melawat kampung di Pulau Mabul. tapi sesuatu yang menarik perhatian aku sepanjang aku ke melewati perkampungan di Mabul ini. tak semua rumah di atas laut. ada juga perkampungan di pesisir pantai. ape ye yang menarik perhatian aku ni. cara packaging barang di kedai runcit di Mabul. Bahan-bahan asas seperti minyak masak, gula, cuka dan kicap dibungkus di dalam plastik ais krim.














barang-barang asas yang dibungkus dalam plastik aiskrim

niksensei : makcik, berapa harga sebungkus gula ini?
makcik : 50 sen
bila di semenanjung, mana ada kita jumpa cara bungkusan sebegini kan. biasa la di tempat orang. lain budaya nya, lain cara hidupnya. jadi kita la yang kena pandai sesuaikan diri di tempat orang. aku suka betul peribahasa ini..

masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum

ok jom kita melawat SK Mabul. Sekolah ni de tepi pantai Pulau Mabul. Bukan di tengah-tengah Pulau Mabul. Cantik sekolah ni, sampaikan pentasnya pun di taja oleh Borneo Divers.


pasir di sekolah ni pasir pantai. di hadapan SK Mabul pula boleh nampak laut. agaknya guru-guru di sini mesti muka nya sun burn kan. aku ni baru 2 hari melawat pulau, muka da hangus terbakar bak udang terbakar. hehe..


12 October 2008

Pulau Si Amil
hari ke-2, pukul 7 kami bergerak ke pulau si amil. sementara tu mereka yang nak dive pergi dive di sekitar pulau si amil. kami ni hanya snorkel di tepi pantai je la. nak dive tiada lesen. nak turun menyelam. ibu tak bagi. jadi hanya berlegar-legar di pantai si amil saja. datang ke pantai ni kena lapor diri pada tentera. nasib baik da standby name list. aku da risau. sebab tak bawa ic kan.

Pulau Si Amil ni lebih besar dari Pulau Sibuun. Tapi dari Pulau Si Amil kita boleh melihat Pulau Denawan. Sekolah di Pulau Denawan adalah sekolah yang paling jauh di Semporna.

Pulau Si Amil


depan tu Pulau Denawan..pandangan dari Pulau Si Amil

aktiviti di sini macam biasa la, snorkel, mengapung diri di laut, berendam & jalan-jalan di tepi pantai. ada la terjumpa star fish di sini. tapi star fish jenis ini memang senang dijumpai. masa di Pulau Sibuun pun jumpa star fish yang sama jugak.











di Si Amil ni aku tidak pergi snorkel jauh. air di sini cetek. bahaya sebab aku ni suka mendarat kaki bila snorkel di air yg cetek. biasanya ada landak laut di tempat yg ada coral, so kalau terkena landak laut tu. bisa jugak. jadi aku pun malas nak snorkel jauh-jauh..bila bosan snorkel aku pun merentasi pantai & terjumpa baby star fish. ingat kan bangkai tapak sulaiman sebab saiz kecil. tapi bila aku letak atas batu, aku nampak ada pergerakan. rupanya this is a living things..
then, dalam pukul 11, kami pun dijemput untuk pulang ke rest house & berehat. dalam pukul 2 kami akan pulang dan singgah sebentar di Pulau Gusungan a.k.a Vios. (yang iklan jin 2, yg org itu mintak vios tapi dapat pulau).


Pulau Gusungan (Vios)
Pulau ni lebih kecil dari Pulau sibuun. tapi ada perkampungan di sini. Rumah pun daif je aku tengok. budak-budak pun berjalan berkaki ayam. laut tu macam dunia mereka. da keliling mereka laut kan..cantik juga pantai di sini.

Pulau Gusungan










Perkampungan di Pulau Gusungan

Ada perkampungan di Pulau Gusungan ni. tapi hanya ada beberapa buah rumah sahaja di sini. kesian aku tengok rumah mereka yang daif. tapi siap ada model dok pakai bedak sejuk di rumah itu...



dalam sibuk-sibuk nak naik bot balik ke Tanah Besar Semporna, tetiba kami ternampak ada orang pulau main dengan penyu. sempat lagi la kami bergambar. tapi ada diver di bot kami ambil penyu tu & bawa ke bot kami. tujuan diver tu supaya melepaskan si turtle ni ke tengah laut. Bagus la.. ada juga mereka yang mencintai & menghargai alam ciptaan tuhan..

So destinasi aku seterusnya aku mahu ke pulau mataking. tapi tengok la sekiranya impian tercapai atau tidak.. hehehehe.




Friday, October 10, 2008

tulus...

bak kata bekas pensyarah maktab, Miss Haiyon. hati kanak-kanak ini adalah tulus & mulus.
semasa mengajar subjek sivik di kelas 5 Pintar. ada seorang pelajar tidak menulis. tapi apa yg saya lakukan... saya terus marah dia murid A ini.

Niksensei : Kenapa kamu tidak menyalin?

tapi, bukan budak A ini yang menjawab. sebaliknya rakannya, murid B di sebelah yang berkata.

murid B : cikgu, tangan dia luka.
Niksensei : hah.. boleh cikgu tengok?
murid A : menunjukkan lengannya.
Niksensei : macammana boleh luka ni?
murid A : tanganku terkena minyak panas semasa ibuku menggoreng kentang



erm.. salah aku juga. kenapa saya tidak menyiasat terlebih dahulu sebelum marah-marah pada kanak-kanak ini. itu la. kadang-kadang saya tidak prihatin terhadap kebajikan mereka. ada juga saya berbual-bual bersama seorang guru lain. beliau juga ada menceritakan pengalaman beliau sendiri.

Kisah Pertama:
'Sesiapa yang tidak tutup mulut cikgu pukul'.. tapi ada seorang murid dalam kelas tersebut bergigi jongang. masakan si budak ini boleh menutup mulut dengan sepenuhnnya.

Kisah Kedua:
murid ini kerap dimarahi gurunya kerana dia asyik memandang ke luar jendela. tapi acapkali murid ini menidakkan apa yang dikatakan oleh gurunya itu. bersungguh-sungguh murid ini mengatakan bahawa dia mengikuti pelajaran guru tersebut. rupanya murid ini bermata juling.

erm. apa-apapun kita perlu siasat dahulu sebelum bertindak. setiap hari memberikan suatu pengalaman yang tidak ternilai. dan setiap pengalaman itu mendewasakan kita dalam menghadapi hari-hari mendatang.





Thursday, October 9, 2008

Pulau Semporna

Pagi tadi pergi ke Pusat Kegiatan Guru, PKG Semporna. kononnya nak mencari bahan-bahan cd untuk alat bantu mengajar. dan sempat la juga saya melihat sejarah asal-usul nama Semporna ni. Pada tahun 1948, nama asal Semporna ialah Tongtalun. ada sumber dari internet menyatakan di Semporna ada tidak kurang dari 22 jenis SUKU BAJAU. ada Bajau Semporna, Bajau Darat, Bajau Laut dan juga Suluk.. dan makanan sumber utama penduduk Semporna ni ialah Hidupan Marin Intertidal..

Kampung di Tongtalun, 1948

Pekan Tongtalun, 1948

Semporna ni pun adalah sebuah pulau sebenarnya. ia dihubungkan Jambatan Tawau-Semporna di Kalumpang, Semporna. Jadi xpayah la nak naik bot lagi ke Pulau Semporna ni. sebab dah ada jambatan kan.

ok, sekarang nak bercerita pula Semporna pada tahun 2008. da kira ok la. cuma Semporna ni Pekan Kecil tapi banyak sekolah. yang di Pulau Bum-Bum pun banyak sekolah. di Semporna ni banyak pulau kecil. so ada la juga certain pulau yang ada sekolah. sebab tu la ada pendidik di Semporna ni pergi ke sekolah naik bot.

ok. kita tukar topik plak.. baru-baru ni saya beli seluar jeans so nak le potong seluar tu. mesin jahit xde di rumah sewa. nak xnak kena la hantar ke kedai. yang menariknya di Semporna ada tukang jahit di tepi jalan. tapi ok la. sebab caj nye pun murah jugak. RM3/seluar.

ni ler tukang jahit yg menjahit seluar jeans saya.


ni plak jiran tukang jahit seluar saya..ada urusan ukur mengukur bah


Jadi, ini adalah salah satu warna warni di Pekan Semporna 2008. tak tahu la kalu ada perubahan lain pada tahun depan..suatu pemandangan yang sama sekali sukar ditemui di semenanjung. Tukang Jahit Jalanan. biasanya di semenanjung kita selalu nye ada Tukang Kasut Jalanan kan..
k.. pen off.. da..



Wednesday, October 8, 2008

Counting Days

erm...pagi ni macam biasa saya pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. hari ni pakai baju kurung bunga warna merah. so memang nampak ceria la sangat. n i'm so happy today sebab dah xlama lagi nak balik semenanjung. syok dok menghitung hari nie. masa awal pagi jalan kaki ke sekolah terserempak dengan ketua pengawas UPSR. sempat lagi dia bagi sms pada saya berbunyi.

ceria saje pagi ni. muka berser-seri saja & comel sangat.
rupa-rupanya itu la wajah orang happy nak balik kampung.



memang saya gembira ni. lagi 38 hari da nak balik semenanjung. huh seronoknye. teringat pada member saya di kl, faizal zakariyah yang tujukan lagu nyanyian Sudirman, Dari Jauh Kupohon Maaf. lagi la membuak-buak ingin balik. thanks faizal..nnt buat reunion sekolah kita ekk..

Dari Jauh Kupohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh


lately, macam banyak sangat kerja yang saya kena buat. soalan exam Kemahiran Hidup xsiap lagi nie. nak wat ucapan teks untuk murid ku lagi. Jumaat ni ada event Hari Raya di Sekolah. adeh, kena berusaha keras ni..


Tuesday, October 7, 2008

Hadiah dari Muridku..


Isnin - 6 Oktober 2008


satu hari yang dinanti-nanti oleh saya sebab bermulanya hari ni adalah bermakna detik kepulanganku ke Kuala Lumpur semakin hampir. ku ingin menghitung hari menanti saat-saat saya akan meninggalkan Semporna selama sebulan lebih nanti. ish..xsabar ni.

Maka dengan bersemangatnya saya menuju ke sekolah. erm pagi ni naik prebet. nak jalan kaki ke sekolah malas plak. sebab ari ni saya bawa laptop untuk menyiapkan soalan Math Year 5 untuk exam semester ke 2 ni.. nak bawa bag pack macam xsesuai plak.. xkan la nak jalan kaki berbaju kurung dengan memakai bag pack plak. hilang ayu beb.. jadi bawa la beg yang macam ala briefcase la konon.

tepat 10.20 pagi saya melangkah menuju ke kelas 5 Jujur. tiba-tiba saya dihadiahkan oleh seorang murid sebatang tiang bendera yang sudah tidak mempunyai bendera. hah..bagus juga nie. leh la jadi sebagai penunjuk di white board semasa mengajar & gunakannnya sebagai amaran amarahku atau pun sebagai menarik perhatian mereka..


Hadiah kedua - masa tengah menanda buku murid, dapat plak satu hadiah yang melucukan. hari ni saya mengajar topik Perdana Menteri Malaysia di kelas 5 Setia. oleh kerana ini adalah kelas paling hujung sekali. makanya saya pun menulis di white board senarai 5 Perdana Menteri di Malaysia..

Lima Perdana Menteri Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaan)
  2. Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan Negara)
  3. Tun Hussien Onn (Bapa Perpaduan)
  4. Tun Dr Mahathir Mohamad (Bapa Pemodenan)
  5. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
tapi..ada sorang anak muridku ni memberikan yang hasil yang amat la memuaskan hati saya.
leh sakit perut saya dibuatnya.. sesuka hati dia je nak tukar apa yang saya tulis di whiteboard.
ni la namanya budak..



Monday, October 6, 2008

Beraya di Sandakan

Ini merupakan kali pertama saya beraya tanpa keluarga..selalunya bila xberaya dengan family, saya beraya di kampung..dan semestinya raya kedua ma & ayah akan sampai di kampung..

erm agak terasa la jugak beraya tanpa family.tp yg bestnye di Sandakan ni..saya & ain dilayan baik oleh family cikgu yna nie..rasa macam tak terasing la dok di rumah keluarga Pok Su ni..anak-anak dia pun kiut bangat..

Pagi raya..cm biasa la..mandi sunat hari raya..then saya, yna dan Pok Su g ke Masjid NuruSyakirin di Taman Indah, Sandakan..kami lambat sedikit..jd dapat solat di kaki lima masjid ajer..dengan BERSEJADAHKAN kertas kotak..yg eloknya..saya & yna lupa nk bawa sejadah..maka yna dengan setulus hatinya membentangkan tudung hijaunya sebagai pengganti sejadah kami..huhu..













solat raya bersejadahkan kertas kotak

Jeng-jeng-jeng..raya time..seronok tengok keletah anak Pok Su a.k.a Pok Su Sir..they all kiut..
baju raya depa wane orange.. tp saya bju wane purple bunga orange.. ala kira match la jugak. ada jugak orange nye.. best raya di sini. ramai juga cikgu semenanjung tidak beraya di tanah air. awal pagi raya da makan nasi dagang ngn ketupat palas.. perh..sedap beb.. rindunye kampung saya.. uhuks..

Sepanjang raya pertama & raya kedua..kami menjadi penumpang tetap kereta Pok Su Sir menziarahi dan beraya di rumah kawan-kwan Pok Su Sir termasuk la cikgu semenanjung yang mengajar di Sabah serta cikgu Sabah..ok la juga beraya di sini.at least dapat la mengubat rindu pada keluarga tersayang di semenanjung..


ni ler family Pok Su Sir..erm rindunya kat depa..hehe..



Sandakan, here I come



Awal pg kmi kena bertolak menaiki bus MADSAHIRUN dr Semporna..erm.jauh tu nk pergi Sandakan..lebih kurang dalam 334 km. tapi kan sebelum naik bus 2 sempat la kami bergambar. biasa la...kenangan tu..

Masa perjalanan lebih kurang 5-6 jam la..da la bus buruk..sakit badan saya..tapi leh plak saya tertido dengan amannya.sampai leh terlentok kat orang sebelah..adeh malunya..perjalanan kami melalui beberapa pekan kecil la antaranya..Tonleng, Baturong, Dewata, Kampung Paris, Sentosa Jaya, Sepilok & Kinabatangan..

lebih kurang dalam pukul 2 kami sampai di terminal bus Sandakan..dan seterusnya kami di bawa jalan-jalan ke Banar Sandakan & Pasar Sandakan..huhu..bestnye kat cni.jauh berbeza dari Semporna.ada shopping complex Giant..dalam dok jalan-jalan di Pasar Sandakan, ada la terjumpa Gerai Khinzir..












cuba tengok betul-betul..ada tak cebisan-cebisan putih di air tu..ha..Pak Su yna cakap tu la 'pork'. cmne yerk kita yg muslim nak lalu di situ.sisa-sisa khinzir mengalir macam tu ajer. dekat dengan Pasar Sandakan..tapi walaupun di kawasan ni kotor ckit.tapi Pasar Sandakan yang di sebelah bersih dan cantik.jauh beza dengan pasar di Semporna..











ha...bersih kan..sedap mata memandang.




Sunday, September 28, 2008

bermulanya satu perjalanan Raya di S@b@h

lagi 2 hari lagi akan menjelang hari raya Aidilfitri.... pagi ni saya sedang bersiap-siap nak pergi ke Sandakan...nk check barang2 takot masih ada yang tertinggal..

erm..tambang bus dari Semporna ke Sandakan RM35..nama bus...
MADSAHIRUN
... perjalanan dari Semporna ke Sandakan mungkin
mengambil masa selama 5-6 jam.. ni saya nk tgk bagaimana perjalanan
ke Sandakan..jalan elok ker...berliku-liku...ada banyak roundabout ke..
di semporna & tawau banyak roundabout kecil.. pelik la saya..

ok la...nak bersiap ni..

Semoga perjalanan kami bertiga selamat. Amin.


Saturday, September 27, 2008

shopping @ Pasar Basah Semporna

sudah lama xmenulis di blog ni..sebenarnya saya ni malas ckit...hehehe...life di tempat orang ni banyak la sesangat perkara baru kan...so antaranya...
  • food...(erm..susah tu nak biasakan makan food tempatan)
  • budaya...
  • persekitaran..
tapi..saya dah hampir 2 bulan di Semporna..nampaknya dah ok dok cni..mcm2 plan nak buat lepas nie...nak ronda...n xsangka saya berpuasa sebulan di tempat orang...xpernah xberbuka langsung bersama parent...moga2 raya tahun ni adalah first n last saya beraya di perantauan yg sgt la jauh..

kat sini kan, susah la nak makan di kedai..food mahal..n makanan tempatan cni..ish..xreti eden nak makan ehh...nak xnak...saya si pemalas n xsuka masak terpaksa memantapkan skill di dapur..ha...bila nak masak..kena la g beli lauk di pasar..jeng2...btol2 pengalaman baru ni...

Ada ikan todak, ada kepah..erm besarnya kepah kt cni..biasa yg aku kutip di teluk amboi, kedah xde la jumpa sebesar itu...tapi pakcik jual ikan ni ckp kan..

niksensei : pakcik, macam mana nak masak ikan ni?
pakcik ikan : ehh...pakcik xmakan ikan ni..
niksensei : owh...baru 1st time tgk depan mata..
pakcik ikan : ni orang singapura takot nk makan ikan ni
niksensei : .....(termenung sekejap)..
niksensei : owh...hehehehe..

lepas tu, berbagai ikan pelik lg la yg aku jumpa...ikan belang-belang..ish..nak masak mcm mana yerk..aku hanya mampu melihat kehairanan.....& kebingungan...


haa..korang tau tak apa jenis ikan tue...haha..saya pun tak tahu...

n the last one....saya nak perkenalkan satu ikan kegemaran anak murid saya di sini.....jeng..jeng..

ikan BuNt@l....tara...bila saya suruh murid saya berlakon memasak ikan buntal bukan main seronok diorang menunjukkan cara2 memasak ikan buntal..i'm impressed..mungkin sedap kot...
seperti yang diceritakan oleh anak murid saya...


Ik@n BunT@l.....

langkah 1 : Rebus ikan buntal dahulu
langkah 2 : cabut bulu ikan buntal
langkah 3 : goreng ikan buntal sampai masak
langkah 4 : hidang
langkah 5 : makan...
=)


At last, saya akhirnya hanya membeli ikan kembong, ikan cencaru, ikan kayu(tongkol), udang, sotong, ikan pari, ikan kerisi, ikan merah, kepah & ketam...

tapi kan....kadang2..balik dari pasar dengan tangan kosong sbb hanya ikan di atas yang ada...mana la saya reti masak ikan mcm tu...

k...pen off..

Sunday, September 14, 2008

Cuti2 Malaysia (1)....Tampi-Tampi

biasanya kami tiada aktiviti di hujung minggu....tapi ada ustaz yang bawakan kami ke salah satu lokasi penggambaran duyung iaitu di Tampi-tampi...menarik jugak pemandangan di sini...meh jom kita explore lg..

ni macam tempat apek terjun ke laut....comelnye si kitty ni tido..sedapnya di buai-buai angin-angin sepoi bahasa...


tu dia rumah atas air..ni kot perkampungan apek ngn aspalela...air laut tu la sumber makanan mereka, air laut tu la tempat mereka menunaikan hajat...aku terfikir juga...ikan-ikan tu makan hasil buangan penduduk kampung ni ke...patot la cam nampak sehat2 jerk ikan di sini..


sebahagian pemandangan di tampi-tampi...nice jugak.leh nmpk ikan belang-belang di bawah..comel tau..


ni gerbang restoran di tampi-tampi..sempat juga la kami satu rumah berposing terlebih dahulu sebelum minum2 di restoran ni..lepak jap..then kami pun balik rumah di Taman Cahaya yg Bercahaya bergemerlapan...

Friday, September 12, 2008

3 Hari di Sk Tongkalloh

Saya ditugaskan untuk menggantikan seorang guru menjaga exam UPSR di SK Tongkalloh, Pulau Bum-Bum. Ish..untuk smpi ke sekolah kena naik bot..jadi sebelum naik bot, kena la pergi jeti.ni la jeti untuk menaiki bot menuju ke SK Tongkalloh..Jeti ni belakang pasar sayur & pasar ikan..2 bot tu..sy tidak tahu ke mana tujuannya.yang pasti saya akan naik bot bersama-sama guru SK Tongkalloh.


lebih kurang macam ni la bentuk bot ni...hati berdebar2..biasanya naik bot besar ke pulau2..tapi kali ni macam perahu yang ditambah bumbung di atas dan ada enjin bot..mcm tu....





ni ler tempat pemandu bot..tolong la encik..keselamatan kami penumpang di dalam bot bergantung sepenuhnya pada komitmen kamu mengendalikan bot..tapi saya betul puji baik..

bagaimana mereka mengenal pasti jalan di atas laut..sedangkan saya hanya menikmati view di sekeliling yg bagi saya amat mendamaikan..sampai kadang2 saya terlelap..opss..


pemandangan di depan bot..sampai sekarang saya xpercaya..betul ke saya naik bot pergi ke sekolah???


ni ler yg merisaukan sy..takot la percikan air laut ni akan membasahkan baju kurung saya nie..sbb tu ler hanya baju yg terpilih sahaja saya gunakan...kadangkala tidak sempat saya nak cuci muka..mukaku dah dicuci dengan tempias air laut..pencuci muka original lagi
ni ler gambar jeti dari dalam bot..hari terakhir saya di SK Tongkalloh. Bangunan 3 segi di belakang tu adalah pasar ikan..sebelah pasar ikan tu la pasar sayur..tempat utama persinggahan sy n housemate sekiranya stok makanan di rumah sudah abes..


pemandangan di dalam bot...dalam plastik tu life jacket..mcm mana wat jd simpanan yek..patotnyer bagi la penumpang guna..da byk kes sy dengar ada guru-guru yg pernah jatuh ke dalam laut..alhamdulillah 3 hari ni tiada pula sy terjatuh ke laut..


Selepas melalui perjalanan selama 30 minit, kena naik bus a.k.a van..apa lg cabaran yang perlu ku tempuh sebelum smpi ke sekolah nie...duduk pun berhimpit-himpit..


Tengok la jalannye...berlopak-lopak..dalam tau...jd bila dalam van adala mcm aksi roller coaster..
huhu...mula-mula turun ke dalam lopak..then naik balik ke atas jalan..mencabar jgk walaupun saya di dalam van..asyik bergoncang-goncang sahaja dalam perjalanan itu..

mcm tandas utama penduduk kg Tongkalloh..saya agak sahaja..hehehe..



ni ler sedikit gambaran SK Tongkalloh...ni ler dewan exam UPSR..tidak ramai murid di sini. yang tahun 6 hanya 34 org sahaja..

ni sebahagian pemandangan Kg Tongkalloh..ada juga rumah di atas air..dan ada rumah mereka dia atas darat..


pemandangan dari jeti...bukit ape pun saya tak tahu..


ni ler jeti Kg Tongkalloh..tempat penduduk kampung ingin menuju ke tanah besar atau Semporna..
ape la yg budak tu tengok yer..dia tengah mengintai ayahnye di bawah..adakah ayahnye ingin menangkap ikan atau menyahut panggilan alam di bawah jeti itu...huhu..


ni ler pengangkutan utama penduduk kg Tongkalloh..susah jugak tue..apa-apa urusan semua di tanah besar....sy kadangkala lama menunggu di jeti sebab kena tunggu semua cikgu-cikgu ada & bot penuh baru la bot tu boleh bergerak ke tanah besar..

tengok tu...bumbung bot pun kayu..siap leh tertido dalam bot..jauh perjalanan tue..30 minit dalam bot...sy pun biasanya awal pagi selalu tertido..maklum ler..lepas sahur xtido kan...

Bagi saya, ini adalah suatu pengalaman yang sangat mahal dan tidak ternilai..betapa besar pengorbanan seorang guru untuk mendidik anak bangsa...guru sanggup menanggung risiko menaiki bot pergi ke sekolah. tapi xpe..xlama lagi akan di bina jambatan dari tanah besar Semporna ke Pulau Bum-bum..

-The end-